CBS Logo
CBS Kitchen Cabinet & Design

Kenali Kami

Latar Belakang Syarikat

Berpangkalan di Malaysia dengan pejabat utama yang terletak di Kajang, CBS Kitchen Cabinet telah melalui perjalanan yang panjang sejak bermula secara sederhana. Sepanjang tahun-tahun ini, CBS Kitchen Cabinet berjaya membina reputasi serta jenama tersendiri dalam industri.

Kini, CBS Kitchen Cabinet dikenali secara meluas sebagai pakar dalam kerja-kerja pertukangan, khususnya dalam menawarkan perkhidmatan kabinet tersuai yang memenuhi keperluan pelbagai jenis hartanah.

"Sebagai antara perintis dalam memperkenalkan bahan kabinet mesra alam di Malaysia, khususnya penggunaan papan partikel gred Super E0 sepenuhnya, ia menandakan pencapaian syarikat ke tahap yang lebih unggul."

Nilai Teras Kami

  • Eco-Friendly (Super E0)

    Udara rumah yang lebih sihat tanpa bau bahan kimia tajam.

  • Ketelitian Kerja

    Sentuhan tukang mahir yang memastikan hasil kemas & sempurna.

  • Integriti

    Kejujuran dalam sebut harga dan kualiti barang yang dijanjikan.

Kilang CBS
Fasiliti Produksi
Mesin Kilang
Proses Pemotongan
Kerja Kayu Kilang CBS Material Kabinet Pemeriksaan Kualiti
Fasiliti Pembuatan

Produksi
Direct Kilang

Di CBS Kitchen Cabinet, kami menguruskan keseluruhan proses pembuatan di kilang kami sendiri. Dengan memiliki dua buah kilang utama di Selangor, kami mempunyai kawalan penuh terhadap kualiti bahan, ketelitian potongan, dan tempoh masa pemasangan yang lebih pantas.

Mesin Precision

Teknologi pemotongan tepat untuk kemasan yang rapi dan sempurna.

Kawalan QC

Pemeriksaan kualiti dilakukan pada setiap tahap sebelum penghantaran.

"Kualiti adalah keutamaan kami. Kami memastikan setiap kabinet dibina dengan ketelitian yang tinggi terus dari kilang kami."

Hala Tuju CBS

Visi Kami

"Menjadi peneraju utama dalam industri kabinet tersuai di Malaysia yang diiktiraf kerana inovasi, reka bentuk unggul, dan penjagaan kesihatan melalui bahan mesra alam."

Misi Kami

  • Membekalkan produk gred kesihatan Super E0 untuk kediaman anda.
  • Membina hubungan melalui kejujuran servis dan ketelitian kerja.
  • Menyediakan rundingan yang praktikal & mengikut bajet pelanggan.

Perjalanan Kami

Evolusi CBS Kitchen Cabinet Dari 2018

2018

Permulaan

CBS Kitchen Cabinet ditubuhkan secara sederhana dengan misi menyediakan solusi kabinet custom yang berkualiti.

2019

Kilang Pertama

Penubuhan kilang pembuatan pertama bagi memastikan kawalan kualiti dan harga terus dari kilang kepada pelanggan.

2022

100 Projek Siap

Mencapai milestone penting dengan kejayaan menyiapkan lebih 100 unit projek kabinet di seluruh kawasan Lembah Klang.

2025

Pencapaian Luar Biasa

  • Siap lebih 300+ projek kabinet.
  • Penubuhan Kilang Kedua.
  • Revenue mencecah RM2 Juta setahun.

Kawasan Servis

Liputan kami di seluruh Lembah Klang & Selatan

Kuala Lumpur

Cheras • Ampang • Wangsa Maju • Kepong • Segambut • Setapak • Bukit Jalil • Sri Petaling • Bangsar • Mont Kiara • Sentul • Damansara

Selangor

Kajang • Bangi • Semenyih • Sungai Buloh • Shah Alam • Petaling Jaya • Subang Jaya • Puchong • Rawang • Cyberjaya • Putrajaya • Klang

N. Sembilan

Nilai • Seremban • Mantin • Labu • Sendayan • Port Dickson • Enstek • Bandar Baru Nilai